awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Eksekutif UNICEF letak jawatan

Bernama
Bernama
14/07/2021
05:09 MYT
Pengarah Eksekutif UNICEF letak jawatan
Antonio Guterres berkata, dengan rasa sedih beliau menerima keputusan Fore (gambar) untuk berundur dan memahami hasratnya itu. - Reuters
NEW YORK: Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, mengambil keputusan untuk berundur kerana mahu "menumpukan kepada masalah kesihatan keluarganya", memetik pengumuman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan melalui jurucakapnya, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata dengan rasa sedih beliau menerima keputusan Fore untuk berundur dan memahami hasratnya itu.
"Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pengarah Eksekutif Fore dan keluarganya. Setiausaha Agung turut merakamnkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fore atas kepemimpinan UNICEF dan jasanya memperbaiki kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia.
"Khususnya, ketika memainkan peranan penting dalam tindak balas global terhadap COVID-19 dan menyusun semula pendidikan," kata kenyataan itu.
Fore mengambil alih jawatan Pengarah Eksekutif UNICEF pada 1 Januari 2018 dan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sehingga penggantinya dilantik, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#Henrietta Fore
#letak jawatan
#PBB
#Kanak-kanak
#Setiausaha Agung PBB
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan