awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97

Isabelle Leong
Isabelle Leong
19/01/2020
22:04 MYT
Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97
Shin merupakan salah seorang daripada lima konglomerat pertama Korea Selatan yang mengasaskan 'chaebol' atau konglomerat yang dikendalikan anggota keluarga. - REUTERS/Fail
Pengasas konglomerat runcit Lotte Korea Selatan, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97 tahun.
Shin menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.
Beliau merupakan salah seorang daripada lima konglomerat pertama Korea Selatan yang mengasaskan 'chaebol' atau konglomerat yang dikendalikan anggota keluarga.
Beliau adalah yang terakhir dari usahawan Korea Selatan yang mengasaskan chaebol utama negara, yang sekarang menguasai ekonomi keempat terbesar di Asia.
Lima ‘chaebol’ tersebut ialah Lotte, Samsung, Hyundai, LG dan SK.
Lotte ditubuhkan pada 1948 sebagai syarikat pembuat gula-gula getah di Jepun oleh Shin apabila beliau berpindah ke negara itu.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang perempuan Jepun dan dikurniakan dua anak lelaki.
Disebabkan kaitannya dengan Jepun, Lotte berdepan dengan kecaman daripada rakyat Korea Selatan yang membawa kepada boikot terhadap produknya tatkala hubungan antara kedua-dua negara tersebut semakin parah.
Pada 2018, Shin dikenakan hukuman penjara susulan pecah amanah.
Namun, hukumannya dikecualikan disebabkan kesihatannya yang buruk dan keperluannya untuk menerima rawatan.
Lotte merupakan pemilik bangunan pencakar langit tertinggi di Korea Selatan, Lotte World Tower dengan ketinggian 500 meter dan mempunyai 123 tingkat.
Kini, perniagaan Kumpulan Lotte terdiri daripada snek, minuman, pasar raya, pusat beli belah, hotel dan industry kimia.
Topic Berkaitan
#chaebol
#ekonomi
#gula-gula getah
#Jepun
#konglomerat
#Korea Selatan
#Lotte
#Lotte World Tower
#meninggal dunia
#pecah amanah
#penjara
#Shin Kyuk-ho
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan