awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/04/2024
04:40 MYT
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan. - Gambar fail
JAKARTA: Mooryati Soedibyo, pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu yang juga tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi Rabu.
Berita itu disahkan nak perempuannya, Putri Kuswisnuwardani kepada media Indonesia.
Mustika Ratu menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang dipasarkan di Indonesia dan luar negara, seperti di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat.
Pemergian Mooryati, 96, disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
“Jenama herba yang berasal dari resepi Kerajaan Surakarta ini telah memberikan banyak manfaat untuk kesihatan masyarakat dan juga membanggakan Indonesia di luar negara," kata bekas Duta Besar Indonesia ke New Zealand, Tantowi Yahya.
Sejak usia 3 tahun, Mooryati Soedibyo telah diperkenalkan dengan resepi kecantikan tradisional dan jamu di tempat asalnya iaitu Keraton Surakarta, yang terkenal sebagai pusat tradisi budaya Jawa.
View this post on Instagram
A post shared by Joko Widodo (@jokowi)
Gemar meminum jamu sejak kecil, Mooryati berazam untuk mengembangkan ramuan herba resepi Keraton Surakarta menjadi satu perniagaan.
Melalui PT. Mustika Ratu yang ditubuhkan pada 1973, Mooryati mula mengeksport produk herba dan kecantikannya ke 20 negara, termasuk Rusia, Belanda, Jepun, Afrika Selatan, Asia Barat, Malaysia, dan Brunei.
Mooryati juga menjadi pengasas Yayasan Puteri Indonesia pada tahun 1992 yang menjadi platform pemilihan Puteri Indonesia yang diadakan setiap tahun, selain turut berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Dewan Perundingan Rakyat bagi 2004 hingga 2009.
Mooryati juga diiktiraf oleh Muzium Rekod Indonesia (MURI) sebagai pemegang ijazah kedoktoran tertua di Indonesia dengan penganugerahan "Sarjana Perubatan Herba."
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) turut menzahirkan rasa dukacita beliau dengan pemergian Mooryati.
"Semoga keluarga, kerabat, serta sahabat yang ditinggalkan dapat ikhlas juga kuat hatinya." kata Jokowi.
"Terima kasih dan apresiasi yang setinggi-tingginya atas segala jasa, dedikasi, serta kontribusi Ibu Dr. BRA. Mooryati Soedibyo sebagai tokoh nasional untuk bangsa dan generasi penerus Indonesia.eluarga, kerabat, serta sahabat yang ditinggalkan dapat ikhlas juga kuat hatinya," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Mooryati Soedibyo
#Mustika Ratu
#pengasas mustika Ratu
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan