awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas WikiLeaks bakal diesktradisi ke AS

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2021
23:15 MYT
Pengasas WikiLeaks bakal diesktradisi ke AS
Assange tetap diangkat sebagai wira, kerana mendedahkan salah laku dalam pentadbiran Washington. - Foto fail/REUTERS
PENGASAS WikiLeaks, Julian Assange semakin hampir diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi berdepan tuduhan jenayah susulan tindakan dia mendedahkan maklumat sulit.
Ini selepas Washington pada Jumaat memenangi kes rayuan berkaitan perintah ekstradisi Assange di Mahkamah Diraja London.
Hakim Timothy Holroyde berpuas hati dengan jaminan diberikan Amerika Syarikat berkenaan penahanan Assange di negara itu.
Ini termasuk jaminan untuk tidak menahan Assange di penjara dengan kawalan maksimum.
Assange, 50 tahun, juga akan dipindahkan ke Australia untuk menjalani hukuman sekiranya disabit kesalahan.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat sebelum ini mendakwa Assange dengan 18 tuduhan berkaitan pendedahan rekod sulit tentera dan kabel diplomatik oleh laman web WikiLeaks.
WikiLeaks menjadi terkenal pada 2010 apabila ia menerbitkan video serangan tentera Amerika Syarikat di Baghdad yang mengorbankan puluhan nyawa, termasuk dua kakitangan agensi berita Reuters.
Laman web itu kemudian menyiarkan ribuan fail dan kabel diplomatik, termasuk berkaitan presiden Rusia, Vladimir Putin dan keluarga diraja Arab Saudi.
Assange kemudian berlindung di kedutaan Ecuador di London.
Dia tetap diangkat sebagai wira, kerana mendedahkan salah laku dalam pentadbiran Washington.
Topic Berkaitan
#Julian Assange
#Mahkamah Diraja London
#pengasas WikiLeaks
#ekstradisi ke Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan