awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi Latin penting, Trump tidak buka jalan warganegara - Harris

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2024
02:40 MYT
Pengundi Latin penting, Trump tidak buka jalan warganegara - Harris
Harris menekankan kepentingan pengundi Latin bagi keputusan pilihan raya AS 2024 dalam satu temu bual dengan Telemundo pada Selasa. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Calon presiden Demokrat, Kamala Harris, menekankan kepentingan pengundi Latin bagi keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2024 dalam satu temu bual dengan Telemundo pada Selasa.
Harris memaklumkan pesaingnya, Donald Trump tidak akan membuka jalan untuk hak kewarganegaraan dan menyalahkan beliau kerana menghalang Rang Undang-Undang Keselamatan Sempadan secara bipartisan semasa beliau menjadi presiden.
"Pilihan raya kali ini dan cara pengundi Latin mengundi boleh membantu membuka jalan kepada penyelesaian. Donald Trump tidak akan memperjuangkan jalan untuk kewarganegaraan. Beliau tidak melakukannya dulu dan dia tidak akan melakukannya di masa depan.
"Kita tahu bagaimana Donald Trump bercakap mengenai imigresen. Oleh itu, saya tidak dapat menekankan dengan lebih kuat lagi, undi Latin dalam pilihan raya ini adalah sangat penting.
"Saya cukup yakin bahawa orang yang kita bincangkan ini percaya kepada negara kita, mencintai negara kita, dan komited kepada pertumbuhannya, kemakmurannya serta peluang untuk setiap orang mempunyai martabat dan diperlakukan dengan hormat dan itu bukan masa depan Donald Trump," katanya.
Tambah Harris, Trump tidak berusaha untuk membawa rakyat AS ke hadapan terutama dalam rancangan pekerja di AS dan pelan kanak-kanak termasuk memperluas kredit cukai kanak-kanak.
Dalam masa sama, Timbalan Presiden itu juga menyatakan hasratnya untuk bekerja sama dengan Presiden baru Mexico, Claudia Sheinbaum.
Sebelum ini, pengundi Latin majoritinya merupakan penyokong parti Demokrat, tetapi kempen Trump berharap untuk memenangi lebih ramai daripada mereka, terutama lelaki, berdasarkan ketidakpuasan terhadap ekonomi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#pilihan raya
#Kamala Harris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan