awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan

Bernama
Bernama
18/06/2024
15:12 MYT
Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan
62 peratus daripada sampel yang ditinjau mengatakan mereka tidak yakin Parti Konservatif akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang digariskan. - Gambar hiasan/Reuters
MOSCOW: Kira-kira separuh daripada pengundi United Kingdom menyatakan keraguan tentang kemampuan parti politik utama untuk melaksanakan janji manifesto dan penyampaian kompeten mereka menjelang pilihan raya umum pada 4 Julai, menurut tinjauan Ipsos yang dikeluarkan pada Selasa seperti yang dilaporkan oleh Sputnik.
Sebanyak 62 peratus daripada sampel yang ditinjau mengatakan mereka tidak yakin bahawa Parti Konservatif akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang digariskan dalam program pilihan rayanya, manakala hanya 25 peratus daripada responden mengatakan bahawa Parti Konservatif mungkin mampu melaksanakan dasar tersebut, menurut tinjauan itu.
Pada masa yang sama, 50 peratus daripada mereka yang ditinjau dalam tinjauan berasingan menyatakan ketidakpastian mengenai kemampuan Parti Buruh untuk melaksanakan janji pilihan rayanya, dan 37 peratus mengatakan bahawa parti tersebut akan dapat melaksanakan programnya, menurut tinjauan itu.
Tinjauan itu dijalankan secara dalam talian dari 11 hingga 12 Jun dalam kalangan 1,170 orang dewasa di UK dan tinjauan lain dijalankan dari 12 hingga 13 Jun dalam kalangan 1,083 rakyat UK. Margin kesalahan tidak dinyatakan.
Pilihan raya umum UK dijadualkan pada 4 Julai. Persaingan utama untuk jawatan perdana menteri adalah antara pemimpin penyandang UK Rishi Sunak, ketua Parti Konservatif dan pemimpin Parti Buruh UK Keir Starmer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#kempen politik
#tinjauan pengundi
#United Kingdom
#Parti Konservatif
#Parti Buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan