awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundian bermula untuk 1.5 juta warga Turkiye di Jerman

Bernama
Bernama
27/04/2023
10:03 MYT
Pengundian bermula untuk 1.5 juta warga Turkiye di Jerman
Pengundian di luar negara boleh dilakukan sehingga 9 Mei, dengan sejumlah 26 pusat mengundi dibuka di Jerman sahaja. -AP
ISTANBUL: Pengundian bagi pilihan raya presiden dan parlimen Turkiye pada 14 Mei bermula pada Khamis bagi kalangan warga Turkiye yang tinggal di luar negara, dengan diaspora terbesar seramai 1.5 juta mengundi di Jerman, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pengundian di luar negara boleh dilakukan sehingga 9 Mei, dengan sejumlah 26 pusat mengundi dibuka di Jerman sahaja.
Dalam pilihan raya presiden Turkiye pada 2018, Jerman menjadi tumpuan apabila Presiden Recep Tayyip Erdogan menyalahkan pihak berkuasa negara itu kerana menghalang usaha kempennya di Jerman.
Namun kali ini ketegangan seperti itu dijangkakan tidak berlaku.
Selepas 20 tahun berkuasa, Erdogan menghadapi ujian pilihan raya yang paling sukar.
Tinjauan baru-baru ini mengunjurkan saingan sengit antara penyandang dan Kemal Kilicdaroglu, ketua kem pembangkang bagi puak sekular, konservatif dan nasionalis yang jarang berlaku.
Pusingan kedua antara dua pencabar utama presiden akan berlangsung pada 28 Mei melainkan pengundian pada 14 Mei menunjukkan pemenang yang jelas yang memperoleh undian lebih 50 peratus undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diaspora
#pilihan raya presiden dan parlimen Turkiye
#warga Turkiye di luar negara
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan