ISLAMABAD: Proses pengundian bagi pilihan raya presiden Pakistan antara dua calon, termasuk bekas Presiden Asif Ali Zardari, bermula pada Sabtu.

Pengundian bermula pada 10 pagi waktu tempatan di bangunan Parlimen di sini dan semua bangunan dewan undangan wilayah di ibu negeri wilayah dan akan diteruskan sehingga 4 petang, lapor Agensi Anadolu.

Ahli Parlimen akan memilih presiden baharu untuk tempoh lima tahun.

Gabungan parti pemerintah telah mencalonkan Zardari manakala pembangkang Sunni Ittehad Council, yang juga disertai Ahli Parlimen dari parti Tehreek-e-Insaf Pakistan pimpinan Imran Khan yang dipenjarakan, telah mencalonkan Mahmood Khan Achakzai, seorang ahli politik veteran dari wilayah Balochistan.

Zardari, 68, berkhidmat sebagai presiden Pakistan dari tahun 2008 hingga 2013.

Perkhidmatan penyandang presiden Alvi berakhir pada September tetapi beliau terus berkhidmat kerana ketiadaan Ahli Parlimen yang dipilih.

-- BERNAMA