BANGKOK: Pulau peranginan terkenal Phuket yang dibuka semula untuk pelancong asing yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, kini menyaksikan peningkatan kes COVID-19.
Statistik Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menunjukkan, pulau itu melaporkan 79 kes baharu dari 19 hingga 25 Julai , dan 54 kes direkodkan pada dua hari pertama minggu ini (26 hingga 27 Julai).
Ini bermakna inisiatif Phuket Sandbox mungkin dihentikan kerana sebelum ini kerajaan menyatakan program itu akan ditangguhkan jika lebih 90 kes dilaporkan dalam seminggu.
Namun, usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan inisiatif itu. Justeru, Gabenor Phuket Narong Woonciew berkata semua institusi pendidikan tempatan akan ditutup sehingga 16 Ogos selain pusat beli-belah dan tempat sukan ditutup sehingga 2 Ogos.
Katanya, pihak berkuasa tempatan juga melarang perjumpaan awam melebihi 100 orang mulai Selasa.
Media tempatan melaporkan peningkatan kes COVID-19 disebabkan pengunjung memasuki pulau itu untuk mencari pekerjaan sejak ia dibuka semula.
Sejak Phuket membuka semula pintu pada 1 Julai, sejumlah 11,806 pelancong asing memasuki pulau itu dengan 26 daripadanya disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai.
Sebanyak 278,623 bilik penginapan telah ditempah sehingga September.
Presiden Majlis Pelancongan Phuket Thaneth Tantipiriyakij berkata pegawai akan memantau keadaan untuk beberapa hari lagi sebelum memutuskan sama ada perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan, lapor Bloomberg pada Selasa.
Sementara itu, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand turut mengusulkan agar syarat-syarat "Phuket Sandbox" disemak semula, termasuk mengurangkan tempoh wajib tinggal 14 hari di pulau itu kepada tujuh hari dan pelancong boleh menghabiskan tujuh hari lagi di 'laluan tertutup' di lima wilayah lain.
Lima wilayah tersebut adalah Krabi, Phang-nga, Samui, Chiang Mai dan Lamphun (dijadualkan dibuka semula untuk pelancong asing pada Oktober). Usul itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand turut mengusulkan agar syarat-syarat 'Phuket Sandbox' disemak semula. - Gambar hiasan/Pixabay
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razaruddin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Qatar Airways sambung semula perkhidmatan ke Pulau Pinang
Qatar Airways akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan harian ke Pulau Pinang menerusi Phuket, Thailand pada 29 Okt ini.
Raja Muda Perlis santuni masyarakat muslim di Coconut Island, Phuket
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyantuni masyarakat Islam di Coconut Island.
Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.
Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.
Sekatan COVID-19 di Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket dilonggarkan
Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik.
AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket
AirAsia Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 Nov, 2021.
Kes COVID-19 kembali meningkat, Thailand pertingkat saringan besar-besaran di Phuket
Pihak berkuasa kesihatan Thailand akan meningkatkan ujian saringan besar-besaran di Phuket minggu ini dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 yang meningkat di pulau peranginan itu.
158 cebisan plastik ditemui dalam perut penyu
Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.
Lelaki tempatan dituduh bunuh, rompak pelancong Switzerland di Phuket
Seorang lelaki warga tempatan dituduh merompak dan membunuh seorang pelancong Switzerland di pulau peranginan Phuket pada Khamis.
Thailand larang penggunaan krim pelindung matahari, boleh jejaskan terumbu karang
Bagi individu yang melanggar larangan itu boleh dikenakan denda 100,000 Baht atau RM12,750.