SEORANG peninju yang mewakili Puerto Rico dalam Sukan Olimpik 2012, didakwa di mahkamah Amerika Syarikat atas tuduhan menculik dan membunuh seorang wanita hamil, kata polis.

Felix Verdejo ditahan di Puerto Rico pada Ahad kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan Keishla Rodriguez Ortiz, 27.

Jika sabit kesalahan, Verdejo, 27, boleh dihukum bunuh.

Mengikut kertas pertuduhan, Rodriguez dibunuh pada Khamis lalu selepas dia meminta bantuan Verdejo bagi mengugurkan kandungannya.

Verdejo dikatakan telah menumbuk Rodriguez di bahagian muka dan menyuntik sesuatu bahan ke dalam badan wanita berkenaan sebelum mencampakknya ke dalam Lagun San Jose.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Verdejo selepas Rodriguez dilaporkan hilang.

Verdejo bertanding dalam kelas lightweight di Sukan Olimpik London 2012.

Dia mempunyai 27 rekod kemenangan serta dua kekalahan di gelanggang.