awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump gagal mansuh Obamacare

Agensi
Agensi
28/07/2017
10:20 MYT
Pentadbiran Trump gagal mansuh Obamacare
Mike Pence menghadiri sesi Senat yang menyaksikan Republikan gagal memansuhkan Obamacare. - Foto AP
Parti Republikan di bawah pimpinan Donald Trump menerima tamparan hebat apabila cadangan untuk memansuhkan Obamacare ditolak oleh Dewan Senat, lapor Reuters.
Tiga senator parti Republikan John McCain, Susan Collins dan Lisa Murkowski, menyertai anggota parti Demokrat untuk membawa keputusan undian kepada 49 -51, yang berpihak kepada penolakan cadangan memansuhkan beberapa bahagian penting dalam Obamacare.
"Hal ini sangat mengecewakan," kata Ketua Senat Republikan, Mitch McConnell selepas keputusan undian diumumkan.
Situasi ini memberikan satu lagi kegagalan buat Trump, yang sehingga kini masih belum memiliki kejayaan legislatif selepas enam bulan berkuasa.
Trump sebelum ini dijangka membuat perubahan drastik ke atas sistem kesihatan, cukai dan pembiayaan infrastruktur.
Trump telah berulangkali menegur ahli kongres Republikan kerana gagal mengatasi pembahagian dalaman yang berlaku dalam parti itu, dalam usaha untuk memansuhkan Obamacare, tetapi dalam masa yang sama tidak membuat sebarang penggubalan perundangan yang sesuai, atau mengeluarkan panduan jelas tentang apa dimahukan untuk menggantikannya.
Affordable Care Act, atau Obamacare, diluluskan oleh ahli Demokrat pada 2010, disifatkan ramai sebagai salah satu pencapaian istimewa Barack Obama, bekas Presiden Amerika Syarikat. Ia menyediakan insurans kesihatan kepada berjuta-juta rakyat Amerika yang dahulunya tidak mempunyai insurans.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Barack Obama
#Donald Trump
#kesihatan
#Obamacare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan