INTERNATIONAL
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar

Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber. -Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan meminta beberapa pegawai atasan FBI untuk meletak jawatan atau bersara di bawah ancaman pemecatan, menurut CBS yang memetik tiga sumber boleh dipercayai seperti dilaporkan oleh Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
- Pentadbiran Donald Trump meminta beberapa pegawai atasan FBI untuk meletak jawatan atau bersara di bawah ancaman pemecatan, sebagai sebahagian daripada audit kepimpinan yang sedang dijalankan.
- Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
- Masa peralihan ini bertepatan dengan sesi pengesahan Senat bagi calon pengarah FBI Trump, Kash Patel, yang berusaha meyakinkan penggubal undang-undang bahawa biro itu akan kekal bebas dan tidak akan digunakan untuk siasatan bermotifkan politik.
Beliau menegaskan sebarang tindakan terhadap kakitangan akan berdasarkan asas undang-undang dan fakta, serta berjanji untuk beroperasi sepenuhnya mengikut undang-undang.
Pentadbiran Trump sebelum ini mendesak perubahan kepimpinan yang serupa di Jabatan Kehakiman, terutamanya di bahagian keselamatan negara dan jenayah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami