DUNIA
Pentas utama festival Tomorrowland musnah dalam kebakaran

Rakaman video dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan api marak dan asap hitam tebal menyelubungi pentas. - Foto X/Pete Santilli
BOOM: Festival muzik elektronik terbesar dunia, Tomorrowland, berdepan krisis apabila pentas utama mereka musnah dalam kebakaran besar hanya dua hari sebelum acara bermula.
Ringkasan AI
- Pentas utama Tomorrowland musnah dalam kebakaran dua hari sebelum acara bermula, dipercayai akibat ujian bunga api; tiada kecederaan walaupun 1,000 kakitangan berada di lokasi.
- Aktiviti lain seperti DreamVille dan Global Journey akan berlangsung seperti dirancang, dengan lebih 400,000 pengunjung dijangka hadir walaupun pentas ikonik rosak teruk.
- Penganjur utamakan keselamatan dan sedang cari penyelesaian alternatif; penduduk sekitar diarahkan tutup tingkap akibat asap tebal dari kebakaran.
Sekurang-kurangnya tiga perempat daripada pentas utama dilaporkan rosak, namun tiada kecederaan dilaporkan walaupun terdapat kira-kira 1,000 kakitangan berada di lokasi ketika kejadian.
Pihak penganjur mengesahkan bahawa DreamVille dan aktiviti Global Journey akan diteruskan seperti dirancang, dan festival tetap akan berlangsung walaupun tanpa pentas utama yang ikonik itu.
Jurucakap festival, Debby Willemsen, menyatakan bahawa mereka sedang mencari penyelesaian alternatif dan menegaskan bahawa keselamatan tetap menjadi keutamaan.
Tomorrowland dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 27 Julai, dengan kehadiran lebih 400,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Antara barisan artis yang dijangka membuat persembahan termasuk Martin Garrix, David Guetta, Swedish House Mafia dan Steve Aoki.
Punca kebakaran masih belum dikenal pasti, dan pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan penduduk sekitar untuk menutup tingkap dan pintu bagi mengelakkan pendedahan kepada asap tebal yang merebak ke kawasan berhampiran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami