awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie

Syafique Shuib
Syafique Shuib
30/03/2016
09:06 MYT
Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie
Ben Innes (kanan) anggap selfie ini sebagai selfie paling menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. - Gambar: Twitter/Paul Smith
KETIKA detik cemas insiden pesawat EgyptAir dirampas, seorang lelaki dari Aberdeen, Scotland sempat merakam selfie bersama perampas pesawat itu.
Ben Innes, 26, yang merupakan antara penumpang terakhir untuk dibebaskan memberitahu akhbar The Sun beliau sendiri tidak tahu mengapa beliau berani untuk berdiri di sebelah perampas pesawat yang dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa.
“Saya tidak tahu kenapa saya berbuat demikian.
“Saya bertanya kepada seorang kru yang bertindak sebagai penterjemah jika saya boleh rakam selfie bersamanya. Dia mengatakan ‘OK’ dan saya berdiri di sebelahnya dan senyum untuk lensa kamera.
“Ia mungkin akan menjadi selfie yang paling menarik untuk dikongsi kepada rakan-rakan – lebih menarik dari apa yang boleh dirakam ketika sedang bercuti," katanya kepada akhbar tersebut.
Selain itu, beliau mengambil peluang itu untuk melihat senjata yang digunakan oleh perampas pesawat dengan dekat.
"Saya dapat melihat sesuatu yang terikat pada pinggangnya dan pegang kepada satu alat pencetus,” tambahnya.
Sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas ketika dalam perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah dan kini telah mendarat di Cyprus pada Selasa.
Menurut pegawai lapangan terbang Kaherah, pesawat jenis Airbus A320 itu membawa seramai 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal.
Pihak polis berkata, perampas pesawat tidak membuat apa-apa tuntutan selepas ia mendarat di Larnaca di bahagian selatan pulau tersebut.
Topic Berkaitan
#Alexandria
#Ben Innes
#Cyprus
#EGYPT AIR
#Kaherah
#rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan