awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang 'mengamuk' atas pesawat MAS mengaku bersalah

Haider Yutim
Haider Yutim
19/12/2014
02:19 MYT
Penumpang 'mengamuk' atas pesawat MAS mengaku bersalah
Beberapa krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki tersebut. Gambar: Twitter/Eileen Burbidge
Seorang lelaki yang telah menimbulkan kekecohan di atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dinaiki Datuk Bandar London, Boris Johnson awal bulan ini, mengaku bersalah dan berdepan dengan hukuman penjara.
Menurut laporan International Business Times UK, penumpang tersebut, David Morris dikatakan mabuk kerana meminum lima gelas wiski.
Dalam kejadian itu, Morris, 43 telah bertindak ganas dengan menghantuk kepalanya ke kepala seorang krew kabin setelah krew kabin itu enggan memberinya lagi arak.
Morris bagaimanapun mengaku bersalah atas tindakannya ke atas krew kabin itu di Mahkamah Majistret Uxbridge.
Pada 3 Disember lalu, Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.
Johnson menaiki pesawat MAS MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.
Lapor The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.
“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#cemas
#david morris
#mabuk
#MAS
#mh2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan