awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelamat berlumba dengan masa, kukuhkan tebing di tasik air tawar kedua terbesar China

Bernama
Bernama
06/07/2024
13:57 MYT
Penyelamat berlumba dengan masa, kukuhkan tebing di tasik air tawar kedua terbesar China
Tebing yang dianggap sebagai "barisan pertahanan kedua" itu terletak kira-kira dua kilometer dari benteng yang bocor dan sepanjang 14.3 kilometer. - SCMP
CHANGSHA: Kira-kira 2,000 anggota penyelamat sedang berlumba dengan masa untuk mengukuhkan tebing selepas berlaku kebocoran benteng di tasik air tawar kedua terbesar China di wilayah Hunan, tengah China pada Jumaat, lapor Xinhua.
Tebing yang dianggap sebagai "barisan pertahanan kedua" itu terletak kira-kira dua kilometer dari benteng yang bocor dan sepanjang 14.3 kilometer.
Menurut Chen Wenping, seorang pemeriksa tempatan, ia adalah tugas yang sukar kerana tebing itu tidak sekuat benteng dan tidak digunakan untuk menghalang air sejak 1996.
Wartawan Xinhua di lokasi melihat pekerja penyelamat telah membersihkan halangan di kaki tebing, dan Chen mengarahkan mereka bagaimana untuk meletakkan karung pasir.
Kebocoran benteng yang berlaku pada petang Jumaat di Tasik Dongting pada mulanya kira-kira 10 meter lebar tetapi kemudian meluas. Kawasan yang terjejas berhampiran Kampung Tuanbei meliputi kira-kira 50 kilometer persegi. Kawasan ini pernah mengalami kebocoran benteng pada 1996.
Sejak tengah hari Sabtu, kebocoran itu telah menyebabkan lebih banyak air mengalir masuk, yang menimbulkan risiko kepada tebing. Pakar memberi amaran bahawa tebing itu adalah penting dan mesti dikukuhkan mengikut piawaian teknikal yang ketat.
Sementara itu, penyelamat juga sedang berusaha untuk menyekat kebocoran. Sehingga 2.40 petang Sabtu, paras air di dalam dan di luar kebocoran itu adalah sama dan aliran air semakin perlahan. Zhang Xuanzhuang, dari Biro Kejuruteraan Pertama China Anneng Group Co. Ltd, menyatakan bahawa kerja itu dijangka mengambil masa empat hari.
Sehingga 10 malam Jumaat, 5,000 penduduk di kawasan terjejas telah selamat dipindahkan. Tiada laporan mengenai individu yang terperangkap atau kemalangan jiwa.
Sejak 16 Jun, Hunan telah mengalami hujan terlebat tahun ini, memecahkan rekod sejarah di beberapa kawasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#benteng tasik bocor
#China
#tasik dongting
#kerja pengukuhan tebing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan