Dua penyeludup dadah warga Australia di Indonesia telah dipindah keluar dari penjara di Bali awal hari ini untuk dibawa ke sebuah pulau bagi menjalani hukuman mati.
Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, yang turut dikenali sebagai ahli kumpulan ‘Bali Nine’ dilihat telah dibawa keluar dari penjara Pulau Kerobokan menaiki dua kereta perisai ke lapangan terbang Bali diiringi pihak penguatkuasa dan wartawan.
Menurut Pegawai Kementerian Keadilan Indonesia, Nyoman Putra Surya, dua banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2006 itu, telah dikejutkan pada awal pagi dan diberikan hanya beberapa minit sahaja untuk bersiap.
“Mereka mengucapkan terima kasih dan sebelum keluar penjara kami menggari mereka. Mereka berdua hanya diam,” kata Nyoman sebelum memindahkan mereka ke satu penerbangan sewa khas.
Kira-kira 200 anggota polis, 50 anggota tentera dan meriam air telah ditempatkan di luar penjara Bali ketika Andrew dan Myuran dibawa keluar dari penjara.
Pasangan itu diterbangkan ke Cilacap di Pulau Jawa dan kemudian akan dipindahkan ke Pulau Nusakambangan untuk ditempatkan di penjara berkawalan keselamatan ketat di sana.
Pegawai-pegawai tempatan masih belum mengumumkan tarikh bagi hukuman mereka, tetapi pemindahan dua banduan itu pada hari ini menunjukkan ia akan berlaku dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pihak berkuasa perlu memberi banduan notis 72 jam sebelum hukuman mati dijalankan.
Mereka dijangka berhadapan skuad penembak mati.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott telah berulang kali menyeru agar Jakarta tidak meneruskan hukuman mati.
Abbot sebelum ini menyatakan bahawa Indonesia ‘berhutang’ dengan Australia dan kerana itu tidak perlu melaksanakan hukuman mati kepada dua warganya, Myuran dan Andrew.
Australia tidak mengiktiraf hukuman mati dan masih merayu pada saat-saat akhir untuk membebaskan dua warganya itu.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop pula pernah menyatakan tindakan melaksanakan hukuman mati itu akan merugikan Indonesia kerana industri pelancongan republk itu, khususnya pulau Bali yang sering dikunjungi warga Australia mungkin akan diboikot.
Indonesia teguh mempertahankan undang-undang dan hukuman berkaitan pesalah dadah terutamanya selepas Presiden Joko Widodo berikrar akan memerangi masalah tersebut habis-habisan.
AFP
Wed Mar 04 2015
Kira-kira 200 polis, 50 tentera dan meriam air telah ditempatkan di luar penjara Bali ketika Andrew dan Myuran dikeluarkan dari penjara. - Foto AFP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Australia tawar bayar kos penjara seumur hidup bagi dua banduannya di Indonesia
Australia membuat tawaran menanggung kos penjara seumur hidup dua banduan warganegaranya yang dikenakan hukuman mati di Indonesia.
Penyeludup dadah Australia dipindahkan untuk jalani hukuman mati
Dua penyeludup dadah warga Australia di Indonesia dibawa ke sebuah pulau bagi menjalani hukuman mati.