awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyeludup dadah berpaut pada bongkah kokain di perairan penuh jerung

Agensi
Agensi
02/10/2019
04:53 MYT
Penyeludup dadah berpaut pada bongkah kokain di perairan penuh jerung
Penyeludup dadah yang berpaut pada bongkah kokain diselamatkan pengawal pantai. - Foto Agensi
Tiga individu disyaki penyeludup dadah terselamat selepas terapung selama beberapa jam di perairan Pasifik dipenuhi jerung dengan berpaut pada bongkah kokain, kata tentera laut Colombia.
Menurut Kapten Jorge Maldonado dari Pasukan Petugas Penyeludupan Dadah Colombia, tiga warga Columbia itu disyaki menyeledup 1.2 tan kokain dari Tumaco apabila bot dinaiki mereka dibadai ombak lalu karam Sabtu lalu.
Maldonado berkata, ketika diselamatkan oleh kapal pengawal pantai Colombia kira-kira 30 batu nautika dari Tumaco, mereka berada dalam air selama tujuh jam.
"Ketika pengawal pantai tiba, ketiga-tiga mereka terapung sambil berpaut pada bongkah dipercayai dadah," kata Maldonado.
Mereka dibawa ke pantai bersama bongkah terbabit yang kemudian disahkan kokain hidroklorida.
Kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan akan berdepan tuduhan menyeludup dadah.
Dalam pada itu, pencarian sedang dilakukan bagi mengesan lelaki keempat yang dikatakan berada bersama mereka ketika kejadian.
Maldonado menambah berkemungkinan besar mereka dalam perjalanan menuju Amerika Tengah.
Pelabuhan Tumaco merupakan salah satu laluan utama menyeludup dadah keluar dari Colombia yang juga pengeluar terbesar kokain ke Amerika Tengah dan Amerika Syarikat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Colombia
#Dadah
#karam
#kokain
#penyeludup dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan