Skip to main content

Dunia

Perakam suara dedah juruterbang Germanwings terkunci di luar kokpit

71427196116_295x200.jpg
Salah seorang juruterbang pesawat malang Germanwings yang terhempas di Alps Perancis pada Isnin dilaporkan terkunci di luar kokpit sejurus sebelum nahas.

Portal The New York Times pada Rabu mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan bukti yang didakwa daripada perakam suara kokpit (CVR).

"Lelaki di luar kokpit itu mengetuk perlahan di pintu namun tiada jawapan," seorang pegawai penyiasat yang tidak mahu dinamakan memberitahu Times.

"Dia kemudian mengetuk pintu dengan lebih kuat tetapi masih tiada jawapan. Langsung tiada jawapan. "

"Boleh dengar bunyi dia sedang berusaha keras membuka pintu kokpit itu," kata penyiasat tersebut.

GALERI FOTO: Nahas pesawat Germanwings di Alps Perancis

Pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa itu terhempas di kawasan pergunungan Alps Perancis pada Isnin dan meragut nyawa kesemua 150 penumpang dan anak kapal.

Antara penumpang pesawat tersebut ialah 16 remaja Jerman yang dalam penerbangan pulang daripada rombongan sekolah.






Advertisement

Must Watch Video