awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan musim: Bahagian timur, tengah Thailand dilanda banjir

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2022
01:15 MYT
Peralihan musim: Bahagian timur, tengah Thailand dilanda banjir
Banjir adalah masalah bermusim biasa di Thailand tetapi tahun ini ia diburukkan lagi oleh saki-baki ribut tropika Noru yang melanda pada minggu terakhir September. - Foto fail/AP
BANGKOK: Hujan lebat akibat peralihan musim yang melanda sebahagian besar Thailand telah menyebabkan banjir terutamanya di kawasan timur dan tengah.
Di wilayah Ubon Ratchathani, hampir 20,000 orang dipindahkan ke 85 tempat perlindungan sementara dengan air banjir membanjiri lebih 1,000 kampung.
Menurut kemas kini daripada Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand, hampir 130,000 isi rumah kini terjejas di 25 wilayah di seluruh negara.
Banjir adalah masalah bermusim biasa di Thailand tetapi tahun ini ia diburukkan lagi oleh saki-baki ribut tropika Noru yang melanda pada minggu terakhir September.
Pihak berkuasa baru-baru ini memberi amaran bahawa Bangkok dan wilayah lain di sepanjang Sungai Chao Phraya boleh menghadapi ancaman teruk kerana jumlah air yang mengalir dari hulu lebih banyak daripada yang terkandung dalam sungai dan empangan.
Beberapa empangan utama negara sudah melebihi kapasiti dan banyak lagi yang menghampiri tahap kritikal.
Untuk mengawal limpahan air, pihak berkuasa terpaksa melepaskan air ke dalam sungai yang meningkatkan parasnya.
Topic Berkaitan
#banjir
#Thailand
#Ribut tropika Noru
#Chao Phraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan