awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis gesa negara Eropah main peranan laksana pelan gencatan senjata Gaza

Bernama
Bernama
20/11/2025
13:21 MYT
Perancis gesa negara Eropah main peranan laksana pelan gencatan senjata Gaza
Menteri Luar Jean-Noel Barrot berkata, Perancis dan Eropah mesti memainkan peranan penuh dalam melaksanakan pelan tersebut. - Reuters
ISTANBUL: Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Khamis menggesa negara-negara Eropah memainkan peranan penuh dalam melaksanakan perjanjian genjatan senjata Gaza yang berkuat kuasa pada 10 Okt, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Saya mengecam pelanggaran genjatan senjata yang berlaku semalam (Rabu), yang mengakibatkan ramai mangsa terkorban dan cedera. Semua pihak mesti mematuhi dengan tegas pelan damai Amerika Syarikat yang kini disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Perancis dan Eropah mesti memainkan peranan penuh dalam melaksanakan pelan ini. Itulah hasrat kami," kata Barrot sebelum mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah.
Beliau menyatakan sokongan terhadap objektif blok itu untuk melatih sehingga 3,000 anggota polis dan pasukan keselamatan, selain berkata Perancis "bersedia" untuk menempatkan kira-kira 100 anggota gendarmeri di wilayah Palestin.
"Pada masa yang sama, kami menyokong usaha pada peringkat pentadbiran dan tadbir urus," tambah Barrot.
Beliau menyifatkan situasi di Sudan dengan perang saudara antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) berterusan sejak April 2023 sebagai krisis kemanusiaan "paling serius" di dunia ketika ini.
Beliau mengecam "penganiayaan bermotifkan etnik" yang dilakukan oleh RSF, sambil menegaskan bahawa kekejaman sedemikian tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman.
Barrot turut mengulangi keperluan untuk keamanan yang adil dan berkekalan di Ukraine yang menghormati kedaulatan semua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#negara Eropah
#pelan gencatan senjata
#Gaza
#Jean-Noel Barrot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan