Skip to main content

Dunia

Perancis larang panggilan telepemasaran tanpa kebenaran penerima

TB_TELEMARKETING GENERIC_ADOBE
Mulai 11 Ogos, panggilan telefon yang dibuat oleh syarikat untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan pada asasnya adalah dilarang bagi semua perniagaan dalam semua sektor di Perancis. - Gambar hiasan/Adobe
Advertisement

MOSCOW: Larangan terhadap panggilan telepemasaran tanpa persetujuan awal penerima mula berkuat kuasa di Perancis, menurut portal maklumat rasmi kerajaan negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Mulai 11 Ogos, panggilan telefon yang dibuat oleh syarikat untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan pada asasnya adalah dilarang bagi semua perniagaan dalam semua sektor," menurut kenyataan itu.

Mulai sekarang, syarikat di Perancis hanya dibenarkan menghubungi individu melalui telefon dalam dua keadaan, iaitu jika panggilan itu berkaitan kontrak yang telah dimeterai dengan individu berkenaan atau jika persetujuan awal telah diperoleh untuk membuat panggilan telepemasaran.

"Syarikat juga diwajibkan memaklumkan tempoh persetujuan yang diberikan untuk menerima panggilan telefon. Tempoh itu tidak boleh melebihi satu tahun dalam apa jua keadaan," menurut kerajaan.

Panggilan telefon bagi tujuan pengiklanan hanya dibenarkan antara 10 pagi hingga 8 malam, dengan waktu rehat dari 1 tengah hari hingga 2 petang pada hari bekerja. Panggilan sedemikian dilarang pada hujung minggu dan cuti umum.

Pelanggaran undang-undang itu boleh dikenakan denda sebanyak €75,000 (AS$86,500) bagi individu dan €375,000 (AS$433,000) bagi syarikat atau organisasi.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement