awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua jaringan Faisal Halim pastikan Selangor FC selangkah ke pusingan kalah mati
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis tegas kerjasama global mineral kritikal menjelang mesyuarat peringkat menteri di Washington

Bernama
Bernama
28/01/2026
21:10 MYT
Perancis tegas kerjasama global mineral kritikal menjelang mesyuarat peringkat menteri di Washington
Gallezot berkata, Perancis akan cuba mengaitkan industri perlombongan dan metalurgi serta sektor kewangan, bagi membawa lebih banyak modal ke dalam aktiviti mineral dan rangkaian strategik. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Mineral Kritikal yang julung kali diadakan di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 4 Feb ini, akan merangkumi perbincangan dengan negara-negara di luar kumpulan teras G7 bagi memupuk kerjasama antarabangsa dalam mempelbagaikan dan menjamin rantaian bekalan mineral kritikal.
Delegasi Antara Kementerian Perancis bagi Bekalan Mineral dan Logam Strategik, Benjamin Gallezot berkata, walaupun persaingan ekonomi global tidak dapat dielakkan, kerjasama dalam mempelbagaikan rantaian nilai berdasarkan nilai murni bersama adalah sangat penting.
"Kami akan menerajui G7 dengan semangat itu. Kami tidak mahu menyisihkan sesiapa pun," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar pada Rabu.
Perancis memegang jawatan Presiden G7 bagi tahun 2026, menggantikan Kanada.
Mesyuarat pada 4 Feb itu yang dihoskan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, akan memfokuskan kepada usaha kepelbagaian dan pengukuhan rantaian bekalan mineral kritikal.
Gallezot menyenaraikan bahawa Perancis sebelum ini telah menyertai mesyuarat di peringkat Perbendaharaan di Washington pada 12 Jan lepas, bersama Menteri Ekonomi Perancis, Roland Lescure.
"Kami juga akan cuba mengaitkan industri perlombongan dan metalurgi serta sektor kewangan, bagi membawa lebih banyak modal ke dalam aktiviti mineral dan rangkaian strategik," katanya.
Gallezot, yang juga penasihat kepada Presiden Perancis mengenai Mineral dan Logam Strategik, menegaskan bahawa mineral kritikal adalah sangat penting bagi peralihan tenaga.
Beliau meramalkan bahawa elektrifikasi, yang menjadi teras peralihan tenaga, akan memacu permintaan lebih tinggi terhadap motor elektrik dan magnet selari yang penting, menjadikan perdagangan yang lancar dan bekalan yang mencukupi sebagai kunci utama kepada peralihan tenaga tanpa gangguan.
"Daripada perspektif Perancis, adalah sangat penting untuk membangunkan kerjasama ini, itulah sebabnya mereka bekerjasama dengan 20 buah negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#kerjasama global mineral
#G7
#persaingan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan