TEL AVIV: Perang Israel ke atas Hamas tidak akan terhenti kerana kes saman dikemukakan ke atasnya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

Kata Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, tiada siapa yang dapat menyekat mereka termasuk ICJ.

"Kita sudah memasuki 100 hari oerag, 100 hari sejak rakyat kita dibunuh dan diculik. Kami akan meneruskan perang ini sehingga akhirnya kemenangan berpihak kepada kami, semua objektif kami tercapai, untuk menghapuskan Hamas, tebusan penduduk Israel dibebaskan dan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel.

"Kami akan mengembalikan keamanan di selatan dan utara. Tiada yang dapat menghalang kami, sama ada The Hague, syaitan atau sesiapapun," katanya.

Netanyahu juga memaklumkan masih meneliti keperluan mengambil alih koridor di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir.