awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan tekno Berlin aman, namun 13 kritikal akibat keracunan

Bernama
Bernama
14/07/2025
15:36 MYT
Perarakan tekno Berlin aman, namun 13 kritikal akibat keracunan
Pihak berkuasa menyifatkan acara pada Ahad itu sebagai "aman" dengan gangguan yang minimum. - X @PalaceBerlin
BERLIN: Sekurang-kurangnya 13 orang berada dalam keadaan kritikal selepas menghadiri sebuah festival jalanan besar-besaran yang meraikan muzik tekno di Berlin, menurut perkhidmatan kecemasan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Demonstrasi Rave the Planet menarik kira-kira 200,000 orang ke ibu negara Jerman pada Ahad, dengan pengunjung menyuarakan sokongan agar budaya kelab malam terkenal Berlin terus dilindungi. Budaya itu diiktiraf secara rasmi oleh UNESCO sebagai warisan budaya tidak ketara.
Di sebalik suasana meriah, 69 orang dimasukkan ke hospital, termasuk 13 kritikal dan 27 lagi mengalami kecederaan parah, dipercayai akibat keracunan bahan, menurut perkhidmatan kecemasan.
Jurucakap Dominik Pretz daripada pasukan bomba Berlin berkata punca utama insiden adalah keracunan akibat pengambilan bahan, namun beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jenis dadah yang terlibat.
Secara keseluruhan, 392 orang menerima rawatan di lokasi kejadian.
Demonstrasi Rave the Planet pertama kali dianjurkan pada 2022 oleh Dr Motte, seorang DJ yang turut menjadi pengasas festival muzik tekno terkenal, Love Parade, pada 1989.
Love Parade adalah festival muzik dan demonstrasi tahunan berskala besar yang berakhir selepas tragedi rempuhan maut di bandar Duisburg pada 2010.
Demonstrasi Ahad lalu berlangsung di sepanjang jalan antara Brandenburg Gate dan Victory Column di pusat bandar Berlin.
Pihak berkuasa menyifatkan acara itu sebagai "aman" dengan gangguan yang minimum, walaupun berlangsung dalam keadaan hujan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rave the Planet
#perarakan
#muzik tekno
#budaya kelab malam
#keracunan
#Berlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan