Keganasan terus tercetus diantara pihak tentera dan penyokong Bekas Presiden Morsi yang digulingkan Julai lalu dengan angka maut terbaru mencecah 44 orang.
Namun di sebalik keganasan itu, perayaan sempena memperingati 40 tahun perang Arab-Israel 1973 tetap diteruskan di dataran Tahrir dan perkarangan Istana Presiden.
Kementerian kesihatan melaporkan kebanyakan mereka yang maut adalah di Kaherah sementara dianggarkan 240 cedera di seluruh negara.
Beribu-ribu penyokong Morsi mengadakan protes besar-besaran di sekitar bandar-bandar utama di seluruh negara sambil melaungkan slogan menolak ketua tentera Abdel Fatah El-Sissi.
Malah ada yang cuba memasuki dataran Tahrir bagi menganggu sambutan ulang tahun 40 tahun perang Oktober Arab-Israel.
Biarpun sambutan itu dicemari dengan insiden keganasan dan tunjuk perasaan , ulang tahun itu disambut meriah.
Penyokong tentera membanjiri perkarangan Istana Presiden sambil melihat pertunjukan udara yang menandakan ulang tahun ke 40 bermulanya perang Arab-Israel pada 1973.
Astro Awani
Mon Oct 07 2013
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Perayaan memperingati perang Arab-Israel 1973 mencetus keganasan
Keganasan tercetus diantara pihak tentera dan penyokong Bekas Presiden Morsi dengan angka maut terbaru mencecah 44 orang.