awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Perancis Barnier serah peletakan jawatan

Bernama
Bernama
05/12/2024
16:19 MYT
Perdana Menteri Perancis Barnier serah peletakan jawatan
Presiden Emmanuel Macron meminta Barnier (gambar) untuk kekal memegang jawatan, dengan kerajaan beliau berfungsi dalam peranan penjaga. - Reuters
PARIS: Perdana Menteri Perancis Michel Barnier mengemukakan peletakan jawatannya selepas undi tidak percaya yang berjaya terhadap kerajaan berhaluan tengahnya, menurut sumber dalam kerajaan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Presiden Emmanuel Macron, yang semakin tertekan di tengah-tengah kekacauan politik, meminta Barnier untuk kekal memegang jawatan dengan kerajaan beliau berfungsi dalam peranan penjaga, lapor media di Paris.
Macron dijangka membuat kenyataan pada petang ini, yang seharusnya memberikan gambaran hala tuju seterusnya.
Pengunduran diri Barnier dijangka selepas pentadbirannya digulingkan pada Rabu melalui usul tidak percaya yang disokong oleh ahli Parlimen pembangkang sayap kiri dan sayap kanan berikutan pertikaian mengenai belanjawan penjimatan Barnier.
Pergolakan itu telah menjerumuskan antara kuasa politik terbesar Eropah ke dalam kekacauan politik yang lebih mendalam di tengah-tengah cabaran ekonomi besar.
Pilihan raya parlimen baharu tidak boleh diadakan sehingga setahun selepas undian terakhir pada Julai, menurut perlembagaan Perancis.
Ini merupakan kali pertama sebuah kerajaan Perancis digulingkan melalui undian tidak percaya sejak 1962.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdana menteri perancios
#Michel Barnier
#letak jawatan
#politik perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan