awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Slovakia kembali bertugas selepas cubaan bunuh

Bernama
Bernama
10/07/2024
09:10 MYT
Perdana Menteri Slovakia kembali bertugas selepas cubaan bunuh
Pada Isnin, Fico melawat sebuah ladang bagi memeriksa hasil tuaian sambil menggunakan tongkat untuk menyokong dirinya. - Gambar/ Reuters
BRATISLAVA: Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico kembali bertugas hampir dua bulan selepas terselamat daripada cubaan bunuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Fico dilaporkan menghadiri mesyuarat Kabinet di Bratislava pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Fico, 59, berkata beliau sedang menyesuaikan diri dengan tugasnya dan berharap dapat segera menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.
Pada Isnin, Fico melawat sebuah ladang bagi memeriksa hasil tuaian sambil menggunakan tongkat untuk menyokong dirinya.
Menurut Agensi Berita TASR, Fico juga menghubungi Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal bagi menawarkan untuk menerima dan merawat pesakit kanser pediatrik dari Ukraine di Slovakia, susulan serangan Rusia baru-baru ini ke atas hospital pediatrik di Kyiv.
Topik lain yang dibincangkan adalah penganjuran mesyuarat antara dua negara jiran, yang dijadual berlangsung pada awal musim luruh.
Pada 15 Mei lalu, Fico cedera parah apabila ditembak beberapa kali ketika menyapa penyokong selepas mesyuarat Kabinet di bandar kecil Handlova.
Penyerang lelaki berusia 71 tahun ditahan selepas serangan itu
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Slovakia
#cubaan bunuh
#kembali bertugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan