PARIS: Pereka fesyen Virgil Abloh, yang digelar sebagai eksekutif fesyen tersohor oleh Karl Lagerfeld, meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat kanser.
Berita pemergian Abloh diumum pada Ahad oleh kumpulan LVMH (Louis Vuitton Moet Hennessy) dan label Off-White yang diasaskan oleh Abloh pada 2013.
Abloh merupakan pengarah artistik untuk pakaian lelaki Louis Vuitton.
"Kami sangat terkejut apabila menerima berita sedih ini. Virgil bukan sahaja pereka fesyen tersohor, beliau juga seorang yang sangat baik dan berpandangan jauh," kata pengerusi dan Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault dalam satu kenyataan.
Menurut keluarga Abloh, beliau disahkan mengidap cardiac angiosarcoma dua tahun lalu, barah di dalam jantung yang jarang berlaku.
Pada 2018, Abloh menjadi pengarah artistik berkulit hitam pertama dalam sejarah Louis Vuitton.
Mendiang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Ghana dan belajar menjahit daripada ibunya.
Dengan kelulusan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan serta ijazah sarjana dalam bidang seni bina, mendiang pernah menjalani latihan praktikal bersama penyanyi rap Kanye West atau Ye di LVMH Fendi.
Mendiang meninggalkan isteri, Shannon Abloh dan dua orang anak, Lowe dan Grey.
Astro Awani
Sun Nov 28 2021
Pada 2018, Abloh menjadi pengarah artistik berkulit hitam pertama dalam sejarah Louis Vuitton. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pereka fesyen Louis Vuitton, Off-White Virgil Abloh meninggal dunia
Menurut keluarga Abloh, beliau disahkan mengidap cardiac angiosarcoma dua tahun lalu, barah di dalam jantung yang jarang berlaku.
BTS peraga koleksi terbaharu LV
Tujuh ahli kumpulan berkenaan adalah antara model yang memperaga pakaian rekaan Virgil Abloh.
Momen mengharukan Virgil Abloh dan Kanye West di pertunjukan fesyen LV
Pengarah Artistik baharu Louis Vuitton Virgil Abloh dilihat tidak dapat menahan emosi ketika memeluk sahabat dan juga mentornya Kanye West.