awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024

Bernama
Bernama
25/12/2023
09:03 MYT
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Bajet bagi 2024 adalah lebih tinggi berbanding 2023 yang berjumlah hampir AS$3.4 bilion. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion, lapor Xinhua memetik UN News pada Ahad.
Bajet bagi 2024 adalah lebih tinggi berbanding 2023 yang berjumlah hampir AS$3.4 bilion.
Belanjawan tetap meliputi aktiviti PBB meliputi pelbagai bidang, termasuk hal ehwal politik, keadilan dan undang-undang antarabangsa, kerjasama serantau untuk pembangunan, hak asasi manusia dan hal ehwal kemanusiaan serta maklumat awam.
Badan dunia itu mempunyai belanjawan pengaman berasingan yang mempunyai kitaran fiskal yang berakhir pada 30 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung PBB
#lulus belanjawan
#UN
#bajet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan