awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung PBB lulus undi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli

Bernama
Bernama
10/11/2023
03:40 MYT
Perhimpunan Agung PBB lulus undi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli
Rakyat Palestin beratur di loji penyahgaraman air bagi mendapatkan bekalan air di Gaza. - Foto REUTERS
NEW YORK: Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly's Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.
Resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Resolusi itu juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi, kerosakan, punca kerugian atau kekurangan dan mengancam sumber asli di wilayah terbabit.
Selain itu, resolusi berkenaan menegaskan bahawa pembinaan tembok apartheid, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan merampas sumber semula jadi rakyat Palestin merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Resolusi itu turut menggesa Israel mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Palestin
#sumber asli
#resolusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan