RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman".
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diterima Agensi Anadolu sebagai mengulas keputusan ICJ, yang mengarahkan Israel mengambil langkah-langkah untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan memulihkan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
"Keputusan itu bermakna tamatnya era Israel bebas daripada tindakan undang-undang, dan negara-negara yang menyokong Israel supaya menghentikan sokongan dan bantuan," katanya.
"Kami mengharapkan keputusan mahkamah turut meliputi gencatan senjata segera, memandangkan penderitaan teruk rakyat kami di wilayah itu, dengan pembunuhan beramai-ramai setiap hari meragut ratusan nyawa, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain kebuluran dan penularan wabak penyakit dalam kalangan penduduk yang dikepung di tempat perlindungan," katanya.
Shtayyeh berkata tindak balas terhadap aduan yang difailkan oleh Afrika Selatan sangat penting kerana ia meletakkan Israel "dalam kandang sebagai penjenayah perang, kali pertama ia berdiri dalam kapasiti itu di hadapan ICJ".
Beliau berterima kasih kepada Afrika Selatan atas pembentangan dan hujah profesional di mahkamah yang mengutuk Israel atas jenayahnya terhadap rakyat Palestin.
Shtayyeh juga menyatakan harapannya supaya mahkamah meneruskan perbincangannya sehingga keputusan muktamad mengutuk Israel dikeluarkan atas tindakan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin, tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia II.
Perdana menteri itu juga menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan yang memburukkan lagi bencana kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin di wilayah itu.
Beliau menggesa agar tekanan dikenakan ke atas Israel untuk memaksanya menghentikan pencerobohan dan memudahkan kemasukan segera bantuan kemanusiaan dan bekalan bantuan ke wilayah itu.
ICJ pada Jumaat mengarahkan Israel mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, namun tidak mengarahkan gencatan senjata.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 26,083 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 64,487 yang lain cedera.
Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Shtayyeh berkata tindak balas terhadap aduan yang difailkan oleh Afrika Selatan sangat penting kerana ia meletakkan Israel "dalam kandang sebagai penjenayah perang". - Foto FB Dr Mohammad Shtayyeh
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
AWANI Green Action: Bumi tenat jika anda tidak kisah
Memasuki abad ke-21, dunia meraikan transisi ketara inovasi pelbagai bidang sehingga ke angkasa. Di sebalik kesibukan mencorak masa depan, dunia tidak ketinggalan dihimpit isu yang menguji nilai kemanusiaan. Begitu juga isu yang menyentuh denyut nadi bumi. AWANI Green Action mengajak anda menyemai jiwa sayangkan bumi bermula dari dalam diri, disusuli tindakan dan peranan semua pihak. Ikuti laporan Nickyson Nyambar.
Soon Huat- Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Pemain profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara beregu campuran Masters Malaysia sekaligus mendapat hadiah perkahwinan paling menggembirakan.
Bertugas 24 jam, Sahabat Maktab bantu jemaah haji
Di sebalik terpaksa berkoban masa dan tenaga, Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, keinginan dan kesediaan untuk membantu orang lain mendorang 315 jemaah haji menyertai program Sahabat Maktab anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.
Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,984
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 35,984 orang.
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap penduduk di negara ini memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah di Malaysia.
Tukang masak lakukan amang seksual kanak-kanak ditahan Topik: Jenayah
Polis menahan seorang pelayan kedai makan selepas dipercayai melakukan ambang seksual ke atas seorang kenak-kanak berusia dua tahun di sebuah medan selera di Pandan Indah, Ampang Jaya pada Isnin lalu.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan
Polis Daerah Cheras, sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras, pada Sabtu malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mei 2024.
PM Lee ucap tahniah kepada PM Pihak Berkuasa Palestin Mohammad Mustafa
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Mustafa atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.
Perintah ICJ 'tamatkan era Israel bebas daripada hukuman’ - PM Palestin
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman".
PM Palestin harap keputusan ICJ pada Jumaat akan tamatkan pencerobohan Israel
Perdana Menteri Palestin menyuarakan harapan agar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan merangkumi langkah-langkah menghentikan tindakan genosid Israel di Gaza.