Skip to main content

Dunia

AS perketat had visa untuk pelajar, wartawan

A view of the White House in Washington, D.C., U.S., March 2, 2026. REUTERS/Ken Cedeno
Pelajar, termasuk pelajar pertukaran, akan dibenarkan tinggal selama empat tahun, manakala wartawan asing akan dihadkan kepada 240 hari. - Gambar hiasan/ Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengetatkan had tempoh pelajar asing dan wakil media dibenarkan tinggal di negara itu, di bawah peraturan yang diumumkan pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pelajar, termasuk pelajar pertukaran, akan dibenarkan tinggal selama empat tahun, manakala wartawan asing akan dihadkan kepada 240 hari.

Kedua-dua kumpulan boleh memohon pelanjutan tanpa perlu meninggalkan negara itu.

"Selama beberapa dekad, pelajar asing telah diterima masuk ke AS tanpa had tempoh masa, membenarkan beribu-ribu (individu) menyalahgunakan sistem imigresen kami dengan terus-menerus mendaftar dalam kursus untuk mengelak daripada meninggalkan AS," kata Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Markwayne Mullin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata peraturan muktamad baharu ini akan memastikan pelajar memberi tumpuan pada "menyelesaikan pengajian mereka dan pulang ke tanah air."

Peraturan baharu itu akan diterbitkan secara rasmi pada Jumaat dan akan berkuat kuasa 60 hari kemudian.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement