ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 September 2026.
1. SPRM tahan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan badan berkanun, minta dan terima rasuah RM1.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebuah badan berkanun di Johor kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah RM1.6 juta.
2. 'Tinggal dua kali Jumaat lagi' - Rauf beri bayangan DUN Melaka bakal dibubar
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka bakal dilakukan dalam masa terdekat, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
3. Dakwaan syarikat Malaysia terbabit dalam kebakaran hutan di Indonesia masih belum disahkan - PM
Dakwaan bahawa terdapat syarikat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia sehingga mencetuskan fenomena jerebu rentas sempadan masih belum dapat disahkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah dilencongkan ke Chennai susulan 'masalah teknikal'
Sebuah penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, India pada Isnin selepas disyaki mengalami masalah pada satu daripada enjinnya, menurut laporan media India.
5. Helikopter jenis BO-105 bawa pasukan perubatan terhempas di Ulu Baram
Sebuah helikopter milik Layang-Layang Aerospace yang membawa empat kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan seorang juruterbang dilaporkan terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport) di Ulu Baram, Sarawak.
6. RCI Tabung Haji: Azeez Rahim didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
7. Banjir Nepal: SMART tiba di Dhunche, empat lokasi cerapan dikenal pasti
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tiba di Dhunche, Nepal, pada Selasa bagi memulakan cerapan udara menggunakan dron untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan di kawasan terjejas.
8. Netizen label ‘kapitalis’, Khairul Aming terkilan
USAHAWAN dan pempengaruh Khairul Aming meluahkan rasa sedih apabila ada pihak melabel usahanya mengembangkan perniagaan sebagai bersifat kapitalis.
9. PISA 2025: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak merosot
Sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak menunjukkan penurunan berdasarkan dapatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025.
10. Majlis Perundingan Ummah perkukuh perpaduan umat, pembangunan negara - Ahmad Zahid
Penubuhan Majlis Perundingan Ummah yang telah dipersetujui Jemaah Menteri akan berperanan sebagai platform memperkukuh agenda perpaduan umat Islam serta pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.