awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia gagalkan cubaan bunuh ketua Crimea Aksyonov

Bernama
Bernama
03/07/2023
11:50 MYT
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia gagalkan cubaan bunuh ketua Crimea Aksyonov
Aksyonov mengucapkan terima kasih kepada FSB kerana segera menggagalkan cubaan bunuh itu, sambil menambah bahawa perkhidmatan keselamatan beroperasi "dengan berkesan dan cepat". - Gambar fail
MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Isnin mendakwa pihaknya telah menggagalkan cubaan bunuh ketua Crimea, Sergey Aksyonov, lapor Sputnik.
"Cubaan bunuh terhadap ketua Crimea, Sergey Aksyonov, yang didalangi oleh perkhidmatan khas Ukraine, telah digagalkan... Seorang warganegara Rusia dilahirkan pada 1988, telah direkrut oleh Majlis Keselamatan Ukraine dan mengambil kursus peninjauan dan subversif di wilayah Ukraine, termasuk latihan letupan periuk api telah ditahan," menurut FSB dalam satu kenyataan.
Suspek mendakwa dia merancang untuk meletupkan kenderaan yang dinaiki Aksyonov dan mengaku direkrut perkhidmatan khas Ukraine pada Disember 2022 serta diarahkan untuk pergi ke Crimea selepas menamatkan latihan khas, berdasarkan video soal siasat yang dikeluarkan oleh FSB.
Agensi penguatkuasaan undang-undang Rusia telah membuka pertuduhan jenayah mengenai percubaan serangan pengganas dan menyimpan bahan letupan secara haram.
"Saya yakin bahawa dalang jenayah ini akan dikenal pasti dan dihukum.
"Adalah mungkin untuk menghapuskan sepenuhnya ancaman pengganas dari Kyiv hanya dengan memenuhi matlamat operasi ketenteraan khas yang ditetapkan oleh presiden (Vladimir Putin). Dan itu adalah bagaimana ia akan berlaku," kata ketua Crimea menerusi hantaran di Telegram.
Aksyonov mengucapkan terima kasih kepada FSB kerana segera menggagalkan cubaan bunuh itu, sambil menambah bahawa perkhidmatan keselamatan beroperasi "dengan berkesan dan cepat".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#FSB
#Sergey Aksyonov
#cubaan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan