KEBELAKANGAN ini, Jensen Huang, CEO NVIDIA telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang sangat menarik seperti tiada kepentingan untuk kanak-kanak mempelajari pengaturcaraan dan bagaimana komputer yang dibeli 5-10 tahun lalu sudah boleh dikira sebagai usang.
Terkini, di acara Graphics Technology Conference NVIDIA, Jensen menjawab soalan daripada pihak media berkaitan permainan-permainan komputer yang akan dihasilkan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan.
Beliau menjangkakan bahawa permainan sebegitu akan mula tiba dalam masa lima ke 10 tahun akan datang.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, khususnya apabila aset grafik kini sudah boleh direka menggunakan AI, dan teknologi tersebut sudah pun cukup maju di mana syarikat pembangun permainan seperti Ubisoft telah memperlihatkan watak NPC yang dibangunkan oleh AI.
Dalam industri permainan komputer dan video sekarang, AI digunakan untuk meningkatkan mutu olahan grafik, khususnya melalui Ray-Tracing dan juga Super-Sampling.
Jensen mengatakan bahawa di masa akan datang, kuasa olahan grafik ini boleh digunakan untuk mencipta kandungan serba baharu seperti apa yang dilakukan oleh perkhidmatan AI generatif seperti Stable Diffusion dan Midjourney.
Penciptaan kandungan dinamik melalui AI juga adalah sesuatu yang sedang mendapat sambutan yang baik.
Daripada teknologi deepfake, kita kini mempunyai perkhidmatan di mana sebuah video dapat dicipta daripada prom teks.
Teknologi sebegini dilihat hanya akan menjadi lebih hebat di masa akan datang, dan ia tidak mengejutkan jika sebuah permainan video dapat dicipta daripada beberapa patah perkataan sahaja. -Amanz
Amanz
Fri Mar 22 2024
Jensen menjawab soalan daripada pihak media berkaitan permainan-permainan komputer yang akan dihasilkan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan. -Amanz
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Permainan komputer dihasilkan sepenuhnya oleh AI akan tiba dalam 5-10 tahun lagi
Daripada teknologi deepfake, kita kini mempunyai perkhidmatan di mana sebuah video dapat dicipta daripada prom teks.
Semua PC yang dikeluarkan sejak 30 tahun lalu kini 'usang' - Jensen Huang
Kemampuan AI yang boleh dilakukan oleh PC yang dilancarkan tahun ini membuatkan kesemua PC yang tidak mempunyai kemampuan sama, usang.
CEO NVIDIA sasar AI lepasi tahap berfikir seperti manusia dalam tempoh 5 tahun lagi
CEO NVIDIA berkata demikian apabila ditanya berapa lamakah tempoh yang akan diambil oleh kecerdasan buatan untuk berfikir seperti manusia.
NVIDIA pilih Vietnam sebagai pusat pengeluaran cip di Asia Tenggara
NVIDIA Memilih Vietnam Sebagai Pusat Pengeluaran Cip Mereka Di Asia Tenggara