WASHINGTON: Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bermula di White House pada 9.47 pagi waktu tempatan (1347 GMT) pada Selasa, menurut Kumpulan Wartawan White House, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Zelensky tiba pada kira-kira 9.40 pagi waktu tempatan (1340 GMT) dan masuk menerusi pintu sisi Sayap Barat, menurut kumpulan wartawan berkenaan.
Pada Isnin, perkhidmatan akhbar White House memberitahu RIA Novosti, Trump dijadualkan menyambut kedatangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Zelensky pada 28 Julai.
Presiden AS itu dijangka membincangkan pelan penyelesaian damai berhubung konflik Ukraine bersama Zelenskyy.
Minggu lepas, Ahli Parlimen Ukraine, Yaroslav Zheleznyak memaklumkan, Zelenskyy akan berlepas ke AS bagi menghadiri mesyuarat "laluan perdamaian" serta menghadiri majlis pengebumian Senator Lindsey Graham.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI