BOGOTA (Colombia): Peru pada Isnin mencatatkan kematian pertama melibatkan pesakit yang dijangkiti cacar monyet dengan jumlah jangkitan di negara itu kini melebihi 300 kes.
Pesakit seorang lelaki berusia 45 tahun yang menghidap HIV dan sistem imun yang lemah, kata pengarah sebuah hospital awam di Lima.
Lelaki itu tiba di hospital dengan jangkitan cacar monyet, tetapi kesihatannya semakin merosot selepas tidak menjalani rawatan untuk HIV/AIDS, lapor Agensi Anadolu memetik Pengarah Hospital Dos de Mayo, Eduardo Farfan.
"Dia tiba di hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami luka pada kulit dan masalah paru-paru.
"Pesakit tiba dengan jangkitan yang sudah semakin teruk," kata Farfan.
Peru mengesan lebih 305 kes cacar monyet, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Isnin.
Ketua Institut Kesihatan Negara, Victor Suarez, memberi amaran bahawa bilangan orang yang dijangkiti virus itu boleh meningkat selagi tingkah laku berisiko seperti mempunyai banyak pasangan seksual berterusan.
Cacar monyet atau monkeypox setakat ini menjangkiti terutamanya kepada lelaki yang melakukan hubungan seks sesama jenis, namun pakar memberi amaran bahawa sesiapa yang berhubung rapat dengan orang yang dijangkiti atau pakaian mereka mungkin berisiko dijangkiti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai.
Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Brazil melaporkan kematian pertama berkaitan cacar monyet di luar Afrika -- seorang lelaki berusia 41 tahun yang menghidap kanser dan sistem imun yang lemah.
Brazil, bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan Kanada, adalah antara negara yang paling banyak terjejas oleh cacar monyet di benua Amerika.
Argentina, negara Amerika Latin pertama yang mengesahkan penyakit itu, diikuti Mexico, Brazil, Venezuela dan Chile.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Lelaki itu tiba di hospital dengan jangkitan cacar monyet, tetapi kesihatannya semakin merosot selepas tidak menjalani rawatan untuk HIV/AIDS. - Gambar hiasan/REUTERS
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.