awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peru janji siasat pembunuhan diplomat Indonesia

Agensi
Agensi
02/09/2025
15:51 MYT
Peru janji siasat pembunuhan diplomat Indonesia
Menerusi video yang disiarkan oleh media tempatan, Purba sedang menuju ke rumah ketika dia dipintas oleh penyerangnya yang memakai topi keledar. - Gambar Facebook Zetro Leornado Purba
LIMA: Pihak berkuasa di Peru berkata pembunuhan seorang diplomat Indonesia di Lima akan disiasat secara menyeluruh.
Zetro Leonardo Purba, yang bekerja di kedutaan Indonesia di ibu negara Peru, meninggal dunia pada Isnin selepas ditembak tiga kali oleh individu yang tidak dikenali semasa berbasikal ke rumahnya.
"Kami amat kesal dengan pembunuhan Purba dan akan mengambil semua langkah untuk menjelaskan apa yang berlaku," jelas Kementerian Luar Peru dalam satu kenyataan.
Jelas kenyataan itu lagi, perlindungan polis juga akan ditingkatkan untuk kakitangan dan kemudahan kedutaan Indonesia di Lima.
Menerusi video yang disiarkan oleh media tempatan, Purba sedang menuju ke rumah ketika dia dipintas oleh penyerangnya yang memakai topi keledar.
Individu itu kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal yang dipandu oleh orang lain.
Menteri Luar Negeri Indonesia, Sugiono memaklumkan beliau telah bercakap dengan Menteri Luar Negeri Peru, Elmer Schialer dan meminta "siasatan menyeluruh" ke atas kematian Purba, yang berkhidmat sebagai pentadbir kedutaan di Lima.
"Kami percaya Peru akan memastikan perlindungan tertinggi untuk kakitangan kedutaan, keluarga dan rakyat kami di Peru," kata Sugiono.
Topic Berkaitan
#perlindungan tertinggi
#diplomat Indonesia
#meninggal dunia
#topi keledar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan