awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit COVID-19 punya daya tahan tubuh untuk enam bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2021
03:06 MYT
Pesakit COVID-19 punya daya tahan tubuh untuk enam bulan
Pesakit akan dilindungi daripada jangkitan seterusnya selama sekurang-kurangnya enam bulan.
LONDON:Hampir semua individu yang dijangkiti COVID-19 memiliki daya tahan tubuh daripada virus itu untuk sekurang-kurangnya tempoh enam bulan.
Laporan Reuters pada Rabu, para saintis United Kingdom (UK) menyatakan, hasil kajian mendapati sebilangan besar individu dijangkiti COVID-19 dikesan mempunyai daya tahan tubuh sekurangnya enam bulan, kata ketua saintis di Biobank UK, Profesor Naomi Allen.
Katanya, hasil menunjukkan 99 peratus individu dijangkiti COVID-19 memiliki daya tahan tubuh terhadap SARS-CoV-2 selama tiga bulan selepas menjalani kajian selama enam bulan.
"Walaupun kami belum pastikan bagaimana perkara ini mempunyai kaitan dengan daya tahan tubuh, tetapi hasilnya menunjukkan bahawa pesakit akan dilindungi daripada jangkitan seterusnya selama sekurang-kurangnya enam bulan," katanya.
Beliau menambah, penemuan itu juga konsisten dengan hasil kajian lain di UK, Iceland yang mendapati daya tahan tubuh cenderung bertahan selama beberapa bulan kepada pesakit COVID-19 termasuk sudah pulih.
"Menyedari kebanyakan mereka dijangkiti virus ini akan menghasilkan daya tahan tubuh untuk menghalang daripada dijangkiti semula.
"Namun, pesakit COVID-19 dikatakan masih boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#daya tahan
#virus
#saintis
#UK
#SARS-COV-2
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan