awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri

Bernama
Bernama
22/07/2022
15:09 MYT
Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri
Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya. - Gambar hiasan/REUTERS
BANGKOK: Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.
Pegawai kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiat usaha untuk mengesan lelaki berusia 27 tahun itu untuk memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan membendung penularan penyakit berkenaan.
Ketua Kesihatan Wilayah Phuket Dr. Kusak Kukiattikoon berkata lelaki itu mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit tekak, hidung berair dan ruam sejak seminggu lalu dan pada 16 Julai dia diminta menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian makmal.
Bagaimanapun, katanya lelaki itu telah keluar dari apartmennya dan mendaftar masuk ke sebuah hotel selepas dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya pada 18 Julai.
Keesokan hari lelaki yang telah tinggal melebihi tempoh itu keluar dari hotel dan telefon bimbitnya turut dimatikan.
"Pihak berkuasa kesihatan sedang berusaha mengesan kontak rapat. Sehingga kini, lebih 150 individu telah berhubung dengan lelaki itu. Sehingga kini, tiada seorang pun daripada mereka disahkan positif cacar monyet," katanya pada sidang media di Phuket.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 kontak rapat menjalani kuarantin di rumah selama 21 hari.
Sementara itu, Ketua Polis Phuket Mejar Jeneral Sermpan Sirikong berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu kali terakhir dilihat di lobi hotel pada Rabu.
"Saya rasa dia mungkin sudah keluar dari Phuket," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#monkeypox
#pesakit cacar monyet pertama Thailand
#hilangkan diri
#Phuket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan