awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit wanita dalam unit rawatan rapi dakwa dicabul jururawat

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2021
21:53 MYT
Pesakit wanita dalam unit rawatan rapi dakwa dicabul jururawat
Jururawat berkenaan dituduh telah mencabul dan menyentuh bahagian sulit pesakit wanita berkenaan. - Gambar hiasan
JAIPUR: Polis Jaipur telah menahan seorang jururawat lelaki yang berkhidmat di sebuah hospital swasta di India dipercayai terbabit dalam insiden mencabul seorang wanita ketika dimasukkan dalam unit rawatan rapi hospital berkenaan.
"Wanita berkenaan telah menjalani pembedahan di hospital swasta itu. Pada waktu malam, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi.
"Pesakit berusia dalam 30an itu diberikan ubat secara suntikan IV selain sokongan oksigen dan diletakkan di bawah pengawasan.
"Terdapat enam pesakit dalam unit rawatan rapi berkenaan, tiga wanita dan tiga lelaki.
"Dua jururawat ditugaskan di unit itu, seorang lelaki dan seorang wanita," kata pegawai kesihatan dan keselamatan yang menyiasat kes berkenaan pada portal berita The Indian Express.
Menurut pegawai itu, mangsa memberitahu suaminya tentang insiden berkenaan ketika suaminya datang melawat pada pagi Selasa.
"Semasa suaminya melawat mangsa pada keesokan hari, dia memberitahu jururawat lelaki itu telah mencabul dan menyentuh bahagian sulitnya, namun tidak mampu berkata apa-apa kerana dia diberi sokongan oksigen," kata pegawai berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Jaipur Barat, Pradeep Mohan Sharma memaklumkan, suspek telah ditahan polis.
"Kejadian berlaku pada Isnin malam dan kami menerima laporan pada pagi Selasa. Suspek telah ditahan di bawah Seksyen 376 (2) (e)," kata Pradeep.
Topic Berkaitan
#cabul
#pesakit
#ICU
#unit rawatan rapi
#jururawat
#jaipur
#hospital swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan