awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurujual lelaki didakwa berpakaian, berkelakuan seperti wanita di Kuala Terengganu
Simpanan haji perlu jadi keutamaan jangka panjang - Pakar ekonomi
Siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit wanita dirogol secara bergilir oleh petugas hospital dalam ICU

Agensi
Agensi
26/03/2019
00:14 MYT
Pesakit wanita dirogol secara bergilir oleh petugas hospital dalam ICU
Mangsa telah diberi suntikan dadah sebelum dirogol secara bergilir oleh lelaki-lelaki tersebut di unit rawatan rapi (ICU).
SEORANG pesakit wanita telah didakwa dirogol secara berkumpulan oleh tiga kakitangan hospital swasta dalam kejadian di Meerut, India pada Isnin.
Memetik laporan Daily Mail, polis berkata seorang jururawat turut didakwa bersubahat dalam membantu suspek melakukan perbuatan keji itu.
Mangsa yang menghidap masalah pernafasan, telah diberi suntikan dadah sebelum dirogol secara bergilir oleh lelaki-lelaki tersebut di unit rawatan rapi (ICU).
Pegawai kanan polis, Harimohan Singh memberitahu agensi berita ANI bahawa wanita itu dimasukkan ke hospital atas masalah pernafasan.
"Dia (wanita itu) mendakwa telah dirogol oleh kakitangan hospital pada Ahad.
"Empat lelaki dan seorang wanita telah ditangkap dan sedang disoal siasat oleh pegawai," katanya.
Menurut polis lagi, kamera litar tertutup (CCTV) juga telah dimatikan, membuatkan pihaknya sukar untuk mendapatkan rakaman kejadian terbabit.
Setakat ini mereka yang ditahan dikenali sebagai Vinod, Niyazu dan Shadaab termasuk jururawat berkenaan, Laxmi serta pemilik hospital, Ashok Mallik.
Topic Berkaitan
#dirogol secara berkumpulan
#India
#Meerut
#Pesakit wanita dirogol secara bergilir
#tiga kakitangan hospital swasta
#unit rawatan rapi ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan