awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sedia sambung rangkaian rel Thailand ke Rantau Panjang - Loke
Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Air China mendarat cemas selepas terima ancaman bom

Agensi
Agensi
25/02/2015
11:23 MYT
Pesawat Air China mendarat cemas selepas terima ancaman bom
Sebuah pesawat penumpang Air China terpaksa membuat pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di Chongqing pada Rabu kerana didakwa menerima ancaman bom, lapor agensi berita Xinhua.
Sebuah pesawat penumpang Air China terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Chongqing pada Rabu kerana didakwa menerima ancaman bom.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, pesawat CA1336 itu dikatakan membuat penerbangan dari Bandar Nanning di Guangxi Zhuang ke Beijing.
Pesawat itu terpaksa mendarat pada jam kira-kira 1.59 petang selepas berlepas kira-kira satu setengah jam sebelum itu.
Sumber Air China cawangan Chongqing berkata seorang penumpang mendakwa terdapat satu bahan letupan berada dalam pesawat itu.
Saksi berkata, anggota penyelamat dan kecemasan berada di lapangan terbang.
Tiga penumpang ditahan pihak polis untuk disoal siasat pada 5 petang Rabu manakala bagi penumpang yang lain meneruskan penerbangan mereka ke Beijing selepas membuat pemeriksaan keselamatan.
Siasatan lanjut mengenai perkara ini masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#Air China
#bom
#CA1336
#China
#Chongqing
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan