awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Air India berpatah balik ke Delhi selepas asap dikesan dalam kabin

Agensi
Agensi
26/01/2016
15:30 MYT
Pesawat Air India berpatah balik ke Delhi selepas asap dikesan dalam kabin
Insiden yang mendapat liputan negatif itu bukan kali pertama bagi syarikat penerbangan tersebut, yang tidak pernah mendapat keuntungan sejak tahun 2007. - Gambar fail
Pesawat Air India yang membawa 160 penumpang dalam laluan penerbangan ke Milan terpaksa membuat pusingan kembali ke New Delhi selepas 30 minit berlepas berikutan asap dikesan di dalam kabin.
Jurucakap penerbangan tersebut memberitahu: “Pendaratan tersebut adalah sebagai tindakan pencegahan selepas kru kabin memberitahu mengenai asap yang terdapat dalam kabin kira-kira setengah jam pesawat berllepas dari lapangan terbang New Delhi pada petang Selasa.”
“Kesemua 160 penumpang selamat dan telah dipindahkan ke pesawat lain. Punca kejadian asap tersebut akan disiasat,” ujar G.P Rao.
Insiden yang mendapat liputan negatif itu bukan kali pertama bagi syarikat penerbangan tersebut, yang tidak pernah mendapat keuntungan sejak tahun 2007.
Bulan lalu, sebuah pesawatnya yang membawa lebih 200 penumpang terpaksa kembali ke Mumbai selepas tiga jam meluncur di udara selepas aduan mengenai kelibat tikus di dalam kabin.
Insiden yang sama melibatkan haiwan perosak berkenaan juga pernah berlaku pada awal tahun lalu sewaktu penerbangan dari Delhi ke Milan.
Topic Berkaitan
#Air India
#asap dalam kabin
#patah balik
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan