LOS ANGELES: Sebuah pesawat Alaska Airlines dilapor terpaksa melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Kejadian berlaku selepas penumpang mengadu panel tingkap pesawat berkenaan tercabut dipercayai selepas berdepan masalah tekanan.

Penerbangan 1282 itu selamat melakukan pendaratan cemas selepas berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Portland sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 171 penumpang dan enam anak kapal.

[TERKINI] Alaska Airlines buat pendaratan kecemasan


Menurut laman web pendaftaran Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, pesawat itu disahkan layak terbang pada Oktober.

Sementara itu, syarikat Boeing dalam catatan di platform X memaklumkan pihaknya sedang mengumpul lebih banyak maklumat, dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alaska Airlines, Ben Minicucci dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat itu telah menggantung perkhidmatan semua pesawat Boeing 737-9. -- Agensi