Skip to main content

Dunia

Pesawat kecil rempuh bangunan tertinggi Beijing, serpihan jatuh ke tanah

[TB]_plane crashed into Beijing's tallest skyscraper_X @visegrad24
Rakaman video yang tular menunjukkan detik serpihan jatuh selepas insiden melibatkan bangunan CITIC Tower, yang juga dikenali sebagai China Zun.
Advertisement

BEIJING: Serpihan dilaporkan berjatuhan ke tanah selepas sebuah pesawat kecil merempuh bangunan pencakar langit tertinggi di Beijing dalam satu kejadian pada Jumaat.

Rakaman video yang tular menunjukkan detik serpihan jatuh selepas insiden melibatkan bangunan CITIC Tower, yang juga dikenali sebagai China Zun.

Menurut saksi yang dipetik agensi berita Reuters, pesawat berkenaan yang dikatakan sebesar sebuah kereta dilihat merempuh bangunan tersebut yang terletak di daerah pusat perniagaan ibu negara China itu.

Video yang dirakam dari bangunan berhampiran memaparkan keadaan selepas kejadian, termasuk apa yang dipercayai pesawat kecil berada di atas tanah.

 

 

Pasukan bomba turut dilihat berada di lokasi untuk memadamkan kebakaran yang tercetus di dalam menara berkenaan.

CITIC Tower setinggi 108 tingkat ialah ibu pejabat kepada syarikat milik kerajaan China, CITIC Group, salah satu konglomerat terbesar di negara itu.

Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai sebarang korban atau kecederaan, dan pihak berkuasa China masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.

Kejadian ini dijangka mencetuskan siasatan bagi menentukan punca insiden, termasuk bagaimana pesawat kecil itu boleh berada di ruang udara kawasan bandar yang padat.

 

Must Watch Video

Advertisement