awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan

Bernama
Bernama
26/01/2025
22:15 MYT
Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan
Semua 269 penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. - Gambar hiasan
KAMPALA: Sebuah pesawat Turkish Airlines penerbangan TK612 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe, Uganda ke Istanbul tidak meneruskan penerbangan ke destinasi akhir atas langkah keselamatan, menurut pengawal selia pengangkutan udara pada Ahad, lapor Xinhua.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda (UCAA), sebuah badan pengawal selia pengangkutan udara milik negara, memaklumkan di X bahawa pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan, Ahad, selepas berlegar di ruang udara Uganda selama lebih tiga jam untuk mengurangkan bahan api ke tahap selamat bagi pendaratan.
UCAA berkata semua 269 penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Walaupun tidak dinyatakan isu keselamatan yang berlaku, badan pengawal selia itu memaklumkan bahawa langkah berjaga-jaga itu adalah "prosedur keselamatan standard dalam industri penerbangan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkish Airlines
#Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe
#TK612
#langkah keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan