awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat sentuh landasan dua kali selepas berlepas - TPM Kazakhstan

Agensi
Agensi
27/12/2019
13:09 MYT
Pesawat sentuh landasan dua kali selepas berlepas - TPM Kazakhstan
Kejadian tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut manakala lebih 50 yang lain cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital. - Foto: AP NEWSROOM
Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Roman Sklyar memaklumkan pesawat milik Bek Air yang terhempas di Almaty pada Jumaat menemui dua corak pada bahagian tepi pesawat yang dikenal pasti sebagai Fokker-100 itu.
Dalam satu sidang media, Sklyar turut menjelaskan pesawat tersebut menyentuh landasan dua kali semasa berlepas dan kerosakan berlaku pada bahagian depan pesawat.
"Hari ini, kami mendapati dua corak pada bahagian tepi pesawat iaitu pada bahagian ekor pesawat pada jarak antara 300-400 meter yang bermaksud pesawat menyentuh landasan dua kali ketika berlepas.
"Kebanyakan penumpang yang berada pada bahagian hadapan pesawat terkorban. Perakam penerbangan telah dijumpai dan telah dibawa untuk diperiksa," ujarnya.
Kejadian tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut manakala lebih 50 yang lain cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
BACA: 7 terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Kazakhstan
Pesawat yang membawa 98 penumpang itu hilang kawalan semasa berlepas, sebelum melanggar pagar konkrit dan sebuah bangunan dua tingkat.
Pesawat tersebut dijadualkan berlepas ke ibu kota negara itu, Nur-Sultan dari Almaty.
Menurut pihak berkuasa, semua pesawat milik Bek Air yang menggunakan model Fokker-100 di Kazakhstan kini digantung sehingga siasatan lanjut selesai.
Topic Berkaitan
#Almaty
#Bek Air
#Fokker-100
#Roman Skylar
#Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan