Skip to main content

Dunia

Pesawat tentera udara India alami nahas di negeri Assam, India

TRAGIC: IAF Su-30MKI crashes in Assam's Karbi Anglong after losing radar contact post-Jorhat takeoff.
Pesawat Su-30MKI, yang sedang dalam misi latihan, mengalami nahas di kawasan Karbi Anglong, Assam, kira-kira 60 km dari Jorhat. - Foto X/AlternateMediaX

NEW DELHI: Sebuah pesawat tentera India terlibat dalam nahas di negeri Assam di timur laut negara itu ketika menjalankan misi latihan.

“Pesawat Su-30MKI, yang sedang dalam misi latihan, mengalami nahas di kawasan Karbi Anglong, Assam, kira-kira 60 km dari Jorhat. Operasi mencari sedang dijalankan,” menurut Tentera Udara India menerusi platform X pada Jumaat.

Advertisement

Hubungan dengan pesawat tempur dua tempat duduk itu terputus pada 7.42 malam, Khamis.

Pesawat itu berlepas dari Jorhat, kira-kira 300 kilometer dari bandar utama Assam, Guwahati.

Pesawat Su-30MKI dihasilkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) di India di bawah lesen daripada syarikat aeroangkasa Rusia, United Aircraft Corporation (UAC).

Tentera Udara India mengendalikan kira-kira 260 pesawat pelbagai peranan jenis itu.

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video